Saturday, 6 June 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin

Assalamualaikum..

Di kesempatan ini kami dari Taska Permata Firdausi Sg Udang, ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang bersama membantu dalam memberikan sepenuh komitmen dan tanggungjawab dalam menjalankan tugasan yang diberikan. Sungguhpun pelbagai cabaran yang sedang kita hadapi diharap kita akan terus cekal dalam mengharungi semua rintangan ini. Tidak lupa juga kepada ibubapa serta penjaga yang sering bertanya khabar dan kesudian mereka untuk membantu sepanjang penutupan PKP semenjak fasa pertama lagi amatlah kami hargai dan jasa kalian tidak akan kami lupakan.

Bersempena dengan sambutan hari raya yang bertemakan #THENEWNORMAL kali ni, kita akan merasakan kejutkan budaya 'culture shock' dengan suasana baru yang kita harus sesuaikan, hari hari kita tak lagi seperti dahulu, penjarakan sosial, face mask dan hand sanitizer harus sentiasa kita ingat dalam segala apa kerja yang kita lakukan. Taska Permata Firdausi juga sekarang berada dalam fasa yang sama, kami sentiasa menitikberatkan faktor kebersihan pada tahap yang maksimum dan kami juga berharap ibubapa serta penjaga juga melakukan perkara yang sama, sentiasa melakukan THE NEW NORMAL supaya kita dapat mengatasi virus covid ini bersama. Sambutan hari raya kali ini kita sambut sederhana, dengan hanya beraya dirumah, kurangkan pergerakan terutama sekali jika bersama anak anak kecil KITA JAGA KITA kan jadi jangan kita jadi penyebab tersebarnya virus ini dan menjadi pulak kluster yang baru.

"Ya Allah..Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah, jadikanlah agama kami agama Nabi Muhammad. Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna. Solat kami, solat yang khusyuk. Amal kami, amal yang soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun. Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati kami dengan mati syahid. Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi. Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam"

Amin...

Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin dari kami warga kerja Taska Permata Firdausi Sg Udang...


No comments:

Post a Comment

Membimbing Anak Anda untuk Belajar Bahasa Isyarat

Manfaat dan cara efektif untuk mula belajar walaupun mereka tidak ada masaalah pendengaran. Pengenalan : Pengenalan bahasa isyarat pada usia...