Monday, 8 June 2020

Jgn ingat org tua je stress..kanak2 pun stress juga...

"saya nak anak saya supaya cepat membaca ye teacher" atau "saya nak anak saya boleh mengira ye basic² pun x pe dia banyak sangat main" seringkali kita dengar ibubapa yang mengharapkan anak-anak mereka yang baru mengenali taska atau tadika menjadi super genius dalam sekelip mata. kanak-kanak ini ada keupayaannya yang tersendiri lain dari orang lain, tapi kita sering menyamakan prestasi mereka bila kita lihat anak anak kawan kita yang sudah pandai macam-macam tapi bukan anak kita. cikgu taska atau tadika ada cara untuk mengenalpasti kanak-kanak ini bila mereka mula belajar, jadi mereka akan mengambil kira berbagai faktor. Namun ramai yang tidak tahu kanak-kanak juga boleh mengalami pelbagai tahap stress. Jika dibiarkan boleh mengakibatkan gangguan mental yang lain seperti kemurungan dan keresahan.
Laman sesawang Parents, Scholastics dan American Psychological Association telah berkongsi bagaimana mengenal pasti jika anak anda mengalami stress. Mari kenali tanda-tanda anak anda mungkin mengalami stress:
1. Mimpi ngeri
Salah satu cara yang biasa untuk kita lihat jika anak mengalami stress. Selalunya, ketakutan di dalam tidur menunjukkan respon terhadap pengalaman yang stress atau traumatik.
Cadangan menangani: Bercakap dan bercerita tentang apa yang mereka alami dan ianya normal untuk semua kanak-kanak seusia dengannya. Ini akan membuatkan mereka tahu yang anda memahami apa yang mereka alami.
2. Kekerapan tantrum dan menangis
Kerap mengalami tantrum dan menangis adalah salah satu tanda yang sering kali dianggap biasa pada kanak-kanak. Namun sebenarnya, sebagai ibu bapa, kita harus cuba mengenal pasti apa yang menyebabkan mereka menjadi begitu kerana tantrum dan kerap menangis adalah salah satu tanda anak anda mengalami stress.
Cadangan menangani: Peluk erat anak anda ketika mereka sedang tantrum dan menangis. Cuba alihkan perhatian mereka dengan sesuatu yang lain seperti mengajak mereka melihat bunga atau binatang. Kemudian cuba bercakap dengan anak anda, apa yang menyebabkan mereka berasa marah sehingga bertindak tantrum dan menangis.
3. Perubahan waktu makan dan tidur
Perubahan secara tiba-tiba pada jadual tidur seperti tidur lebih lewat atau tidur yang terlalu kerap, perubahan secara tiba-tiba rutin makan seperti terlampau kerap makan atau tidak mahu makan, dua perkara ini merupakan tanda anak anda sedang mengalami stress.
Cadangan menangani: Semak semula apa yang menyebabkan anak anda membuat perubahan mendadak. Boleh jadi pertukaran cikgu di sekolah atau aktiviti yang tidak menyenangkan di sekolah atau mungkin juga perubahan jadual kerja kita menyebabkan stress pada mereka.
4. Perubahan jadual buang air besar
Badan kita mempunyai jadual pembuangan yang tetap. Sebarang perubahan menunjukkan badan kita mengalami stress. Begitu juga untuk kanak-kanak.
Cadangan menangani: Sama seperti di atas, semak semula apa yang menyebabkan anak anda membuat perubahan mendadak.
5. Tidak bergaul
Kerap menyendiri dan tidak mahu bergaul dengan orang lain juga salah satu tanda anak anda mengalami stress.
Cadangan menangani: Semak dengan guru atau penjaga atau rakan-rakan anak anda tentang jadual dan aktiviti mereka di sekolah. Ambil tahu jika ada yang tidak kena dengan anak anda.
Antara sebab-sebab normal mengapa anak anda stress:
Keresahan berpisah : Terutamanya untuk kanak-kanak yang baru memasuki taska atau tadika, mereka akan berasa resah kerana terpaksa berpisah dengan ahli keluarga untuk tempoh masa yang panjang. Ini boleh menyebabkan mereka berasa resah untuk berpisah dan menjadi lebih sukar untuk berpisah dan kelihatan lebih manja.
Perubahan ahli keluarga : Sama ada perubahan positif seperti mendapat adik baru atau negatif seperti kehilangan nenek juga boleh menjadi punca stress bagi kanak-kanak kerana sukar untuk mereka menerima perubahan yang ketara di dalam hidup mereka.
Jadual yang terlampau padat : Apabila jadual mereka terlampau padat dengan aktiviti yang pelbagai, mereka boleh menjadi stress kerana tidak dapat fokus dengan satu-satu aktiviti.
Latihan tandas : Permulaan latihan tandas selalunya seperti latihan disiplin yang tegas. Jadi cuba analisis semula penerimaan anak anda dan tidak terlampau mendesaknya untuk mengelakkan stress.
Sekiranyanya berdepan dengan situasi anak anda stress, jangan terus mengalah dengan kehendak anak anda. Teruskan jadual tersebut tetapi mungkin boleh memperkenalkan secara perlahan-lahan seiring dengan penerimaan anak anda. Banyakkan masa rehat untuk anak anda menerima tanpa perlu stress.
Buat pelan jangka masa panjang supaya anak anda selesa dengan jadual yang anda buat. Adalah penting untuk mengurangkan pendedahan terhadap skrin sama ada televisyen mahupun telefon bimbit kerana ini boleh mengganggu fokus anak anda. Paling utama ialah berikan ciuman dan pelukan erat yang kerap terhadap anak anda.
penulis: Aqma

No comments:

Post a Comment

Membimbing Anak Anda untuk Belajar Bahasa Isyarat

Manfaat dan cara efektif untuk mula belajar walaupun mereka tidak ada masaalah pendengaran. Pengenalan : Pengenalan bahasa isyarat pada usia...